Peninsula College Malaysia Catat Dua Rekod Kebangsaan Dalam Bidang Pendidikan Berasaskan Industri

Kredit Foto: PKT Logistics Group

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) – Peninsula College Malaysia menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) selepas mencatat dua rekod kebangsaan bagi “Kampus Dalam Industri Terbesar dan “Kolej Logistik Terbesar””.

Dalam kenyataan hari ini, kolej berkenaan memaklumkan pengiktirafan itu mencerminkan konsep Kampus Dalam Industri yang unik dengan menyepadukan pembelajaran akademik dengan persekitaran industri sebenar bagi melahirkan graduan yang lebih bersedia memasuki pasaran kerja.

“Pendekatan berkenaan dilaksanakan menerusi program Jom! Bekerja Sambil Belajar (JBSB) yang memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman industri secara praktikal sambil melengkapkan pengajian,” menurut kenyataan itu.

Berdasarkan Kajian Pengesanan Graduan dilaksanakan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), kolej itu turut merekodkan kadar kebolehpasaran siswazah sebanyak 100 peratus.

Ditubuhkan pada 2008 sebagai sebahagian daripada sebahagian inisiatif tanggungjawab sosial korporat PKT Logistics Group, Peninsula College Malaysia memiliki kampus di Shah Alam, Selangor dan Batu Kawan, Pulau Pinang yang direka menyerupai operasi logistik sebenar.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan PKT Logistics Group Michael Tio berkata kolej berkenaan ditubuhkan untuk memenuhi keperluan bakat logistik di Malaysia.

“Seiring Malaysia menuju sebagai hab logistik ASEAN, kami melihat terdapat jurang dalam kalangan siswazah yang bersedia menghadapi industri lalu mewujudkan persekitaran pembelajaran dalam industri itu sendiri untuk memastikan pembelajaran relevan dan memberi pengalaman praktikal,” katanya.

Beliau berkata pengiktirafan itu memperlihatkan komitmen kumpulan terbabit untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan ilmu sebenar yang diperlukan dalam dunia pekerjaan.

Sementara itu, Presiden kumpulan Peninsula Higher Education Tung Chee Kuan berkata kerjasama rapat dengan rakan industri dan panel penasihat memastikan program-program kekal selaras dengan keperluan industri yang sentiasa berkembang.

“Pengiktirafan berkenaan mengukuhkan keupayaan kerjasama antara industri dan akademia serta impaknya terhadap pencapaian siswazah dan ekosistem logistik secara menyeluruh,”
katanya.

– BERNAMA

About Peninsula

Peninsula College Malaysia is widely regarded as the first education institution within a corporate organisation. We offer certificate, foundation, diploma, degree and postgraduate programmes.

Recent Posts

Professor Dr Ian Pashby

Member
Advisor & Non-Executive Director
Peninsula Higher Education Group

Professor Ian Robert Pashby graduated from the University of Sheffield (UK) with a bachelor’s degree in Metallurgy and then worked in research and development for Rolls-Royce (aero engines). He joined the Warwick Manufacturing Group at the University of Warwick (UK) as a lecturer, was awarded his PhD for research in the processing of materials and subsequently promoted to Senior Lecturer.

In 2000, he became Professor of Manufacturing Processes at the University of Nottingham (UK).

Professor Pashby moved to the University of Nottingham’s Malaysia Campus in 2007 to become Deputy Head. became Pro-Vice Chancellor and then CEO of the campus in 2008. Returning to the UK in 2013, he became Pro-Vice Chancellor at the University of Hull (UK). He moved back to Malaysia in 2017 to lead the Peninsula Higher Education Group as its Group President and in 2024 became the Advisor.